tAmpIt iNaP dEsA
Feels Like Home
Kediaman selesa untuk rancangan percutian ala kampung di Kampung Janda Baik, Bentong Pahang
Wednesday, 13 November 2013
PROMOSI MUSIM CUTI SEKOLAH
Salam semua, lama sungguh tidak bersiaran di blog nie. Harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat-sihat selalu. In sha Allah sempena cuti sekolah yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi ini Tampit Inap Desa ada promosi menarik untuk semua yang ingin membawa anak-anak dan keluarga yang ingin bercuti di kampung di pinggiran kota Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk sampai di sini.
* untuk menginap 1 malam hanya dikenakan bayaran RM250 sahaja - sebuah rumah.
* Bagi yang tidak ramai bolehlah memilih untuk menyewa bilik sahaja, 1 bilik hanya RM80 sahaja untuk 1 malam. Penghuni boleh menggunakan keseluruhan rumah walaupun hanya menempah 1 bilik. Boleh memasak seperti biasa.
* Bagi yang ingin menginap di sini, bolehlah membawa anak-anak untuk mandi-manda di Pulau Santap yang letaknya dalam 3 kilometer. Atau boleh membawa anak dan ahli keluarga ke Pusat Peranginan Genting Highlands, strawberry park atau Berjaya Hills Resort.
# SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA#
Sunday, 15 September 2013
Terima kasih kepada Pn Rahmah &family
Assalamialaikum,
Ucapan terima kasih kepada keluarga Pn Rahmah dari Sekinchan yang menetap di sini pada hari Sabtu 14/9/2013. Maaf sekiranya ada kekurangan, in sha Allah segala kekurangan akan diperbaiki.
Ucapan terima kasih kepada keluarga Pn Rahmah dari Sekinchan yang menetap di sini pada hari Sabtu 14/9/2013. Maaf sekiranya ada kekurangan, in sha Allah segala kekurangan akan diperbaiki.
Monday, 9 September 2013
Kunjungan yang dinantikan - first customer
Assalamualaikum.. selamat malam.. in sha Allah Tampit Inap Desa akan menerima pengunjung pertama pada hujung minggu nie. Harapan segala urusan dipermudahkan Allah. Andai ada kekurangan maaf dipohon. Tampit Inap Desa menerima sebarang komen dan pendapat yang akan diutarakan oleh pengunjung budiman sekalian. In sha Allah sebarang ketidakselesaan akan kami perbaiki dan perelokan lagi. Andainya berpuashati sila panjangkan kepada rakan-rakan dan taulan sekalian. Semoga Allah merahmati kita semua...AMIN.
Tuesday, 3 September 2013
Lama tak bersiaran
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ehmmmm ada pengunjung tak kat blog nie. Insha Allah akan ada pengunjungnya nanti. Maaf kerana lama tak bersiaran. Selepas bulan ramadhan, kemudian syawal dan dah nak penghujung syawal. Cuma tinggal beberapa hari lagi nak sampaike penghujung syawal . Kepada yang masih berpuasa diucapkan selamat berpuasa dan kepada yang belum berkesempatan menganti puasa, insha Allah kita sama-sama ganti ye. Tampit Inap Desa akan beroperasi sepenuhnya insha Allah dalam 2 minggu lagi. Sekarang sedang giat Mengemas dan menambah mana2 yang kurang. Kepada pengunjung yang akan menginap di sini nanti diharap akan berpuashati. Mana2 yang kurang memuaskan hati kami mohon maaf dan cuba untuk menambahbaik dari masa ke semasa. Untuk projek seterusnya nie dalam proses untuk membersihkan sungai dekat rumah nie. Kita tengoklah apa yang boleh dibuat nanti insha Allah.
Tuesday, 9 July 2013
Salam Ramadhan
Assalamualaikum,
Selamat menyambut Ramadhan diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, tidak kira di mana berada...semoga diberikan kesabaran dan keinsafan di atas segalanya. Sepanjang bulan ramadhan ini Tampit Inap Desa mengadakan promosi - hanya RM250 untuk 1 malam penginapan. Untuk semua ambillah peluang ini untuk bersama-sama keluarga tersayang, bercuti sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salam Ramadhan untuk semua.
Selamat menyambut Ramadhan diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, tidak kira di mana berada...semoga diberikan kesabaran dan keinsafan di atas segalanya. Sepanjang bulan ramadhan ini Tampit Inap Desa mengadakan promosi - hanya RM250 untuk 1 malam penginapan. Untuk semua ambillah peluang ini untuk bersama-sama keluarga tersayang, bercuti sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salam Ramadhan untuk semua.
Monday, 1 July 2013
Keselesaan Anda Keutamaan Tampit Inap Desa
Untuk pengetahuan, Tampit Inap Desa akan memulakan operasi dalam waktu terdekat oleh itu kami akan menambah beberapa kemudahan yang ada dari masa ke semasa supaya setiap penginap akan merasa selesa dan sempurna seperti berada di dalam rumah sendiri. Kemudahan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terjaga. Kebersihan dan keselesaan adalah keutamaan Tampit Inap Desa.
Sham : 013-2077538
homestayjaybee2013@gmail.com
Harga Penginapan
Harga penginapan tidak berubah walaupun waktu cuti sekolah
RM300 untuk 1 malam
RM300 untuk 1 malam
Untuk makluman, kadar sewaan adalah untuk keseluruhan SEBUAH RUMAH dan tiada perkongsian bilik dengan penginap lain termasuk tuan rumah.
Pertanyaan Dan Tempahan
Badrul : 019-3377538Sham : 013-2077538
homestayjaybee2013@gmail.com
Wednesday, 26 June 2013
Pengenalan
Rindu suasana kampung dan kedinginan pagi diselangi kicauan unggas, Tampit Inap Desa sesuai untuk merealisasikan impian anda. Terletak di Kampung Cerenging. Di kelilingi kebun pisang dan pokok-pokok. Tampit Inap Desa sesuai untuk dijadikan rumah persinggahan, percutian atau singgahan sementara untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Serasa berada di kampung halaman sendiri. Sekiranya ingin mandi-manda atau ingin merasai kedinginan air sungai, anda boleh ke Pulau Santap yang letaknya lebih kurang 5 km dari Tampit Inap Desa.
Tidak perlu risau tentang bahan-bahan basah untuk dimasak kerana kedai runcit dan kedai makan tidak jauh dari Tampit Inap Desa. Inap Desa ini sesuai untuk melupakan sejenak kekekangan kerja kerana suasana sekitarnya yang sunyi dan jauh dari kebisingan deruan motosikal dan kereta.
Kemudahan asas.
Tampit Inap Desa dilengkapi dengan kemudahan asas seperti -
- Bilik utama -katil queen dan bilik air di dalam bilik.
- Bilik 2 - Katil double decker.
- Bilik 3 - 2 katil single.
- Almari di dalam setiap bilik.
- Meja makan.
- Televisyen dan Astro.
- Set kerusi.
- Peti sejuk dan peralatan untuk memasak (Pinggan mangkuk, periuk, sudu cawan dan gelas disediakan. (Gula dan garam juga disediakan)
- Mesin basuh semi auto.
- Sejadah dan telekung disediakan.
- Peralatan mandi seperti sabun dan syampu disediakan.
- Selimut disediakan.
- Tilam dan bantal tambahan ada disediakan/atas permintaan dan dikenakan bayaran tambahan.
- Quran dan Yasin disediakan.
- Kipas disetiap bilik dan ruang tamu.
- Seterika dan iron board.
Tampit Inap Desa boleh memuatkan 10-15 orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)