Rindu suasana kampung dan kedinginan pagi diselangi kicauan unggas, Tampit Inap Desa sesuai untuk merealisasikan impian anda. Terletak di Kampung Cerenging. Di kelilingi kebun pisang dan pokok-pokok. Tampit Inap Desa sesuai untuk dijadikan rumah persinggahan, percutian atau singgahan sementara untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Serasa berada di kampung halaman sendiri. Sekiranya ingin mandi-manda atau ingin merasai kedinginan air sungai, anda boleh ke Pulau Santap yang letaknya lebih kurang 5 km dari Tampit Inap Desa.
Tidak perlu risau tentang bahan-bahan basah untuk dimasak kerana kedai runcit dan kedai makan tidak jauh dari Tampit Inap Desa. Inap Desa ini sesuai untuk melupakan sejenak kekekangan kerja kerana suasana sekitarnya yang sunyi dan jauh dari kebisingan deruan motosikal dan kereta.
Kemudahan asas.
Tampit Inap Desa dilengkapi dengan kemudahan asas seperti -
- Bilik utama -katil queen dan bilik air di dalam bilik.
- Bilik 2 - Katil double decker.
- Bilik 3 - 2 katil single.
- Almari di dalam setiap bilik.
- Meja makan.
- Televisyen dan Astro.
- Set kerusi.
- Peti sejuk dan peralatan untuk memasak (Pinggan mangkuk, periuk, sudu cawan dan gelas disediakan. (Gula dan garam juga disediakan)
- Mesin basuh semi auto.
- Sejadah dan telekung disediakan.
- Peralatan mandi seperti sabun dan syampu disediakan.
- Selimut disediakan.
- Tilam dan bantal tambahan ada disediakan/atas permintaan dan dikenakan bayaran tambahan.
- Quran dan Yasin disediakan.
- Kipas disetiap bilik dan ruang tamu.
- Seterika dan iron board.
Tampit Inap Desa boleh memuatkan 10-15 orang.